Aksi Hikayat Putera Shazlan
Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Anak wayang yang cilik
KETIKA adik-adik kita bersiap-sedia untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2008, lima kanak-kanak ini sibuk “berlakon” di sebuah taman permainan di Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Mereka tidak mengeluh berjemur di bawah matahari sekalipun ia merupakan hari pertama permulaan tahun baru.
ΐKan lebih bagus kalau tidur di rumah? saya ajukan persoalan untuk mengetahui isi hati si kecil yang sudah siap berpakaian seperti seorang ahli silap mata. Cuma ahli silap mata ini nampak lebih comel dalam kostum serba hitam dan diikat dengan selendang labuh berwarna merah jambu di belakang leher. Kononnya, ala-ala superman!
ΐSaya tak suka tidur. Lagipun, saya tidak mudah penat dan seronok dapat bermain dengan kawan-kawan, ujar Farhana Qismina Supandi yang membahasakan dirinya sebagai “Sweet”.
Sweet sebenarnya gelaran yang diberikan kepada Farhana selepas dia mula aktif berlakon. Rakan sepasukan yang mengerumuninya ternyata suka dengan gelak ketawa Farhana yang unik. ΐCuba dengar ketawanya, sampuk Nasiruddin Nasir, seorang lagi pelakon kanak-kanak yang memegang watak sampingan dalam rancangan televisyen yang bertajuk Hikayat Putera Shazlan.
Disiarkan setiap hari Ahad pada pukul 3 petang di Astro Ceria, Hikayat Putera Shazlan mengupas kisah seorang budak yang menjadi yatim piatu selepas kematian kedua-dua ibu bapa. Dia yang tinggal dengan seorang mak cik, pak cik dan anak perempuannya, terjumpa sebuah buku yang diwasiatkan oleh ibu bapanya. Buku itu, pada hakikatnya adalah sebuah naskhah yang mempunyai kuasa magis dan berupaya untuk memberi objek-objek ajaib seperti topi, periuk, jam, tali pinggang karate dan sebagainya.
Berkonsepkan sebuah drama komedi kanak-kanak, siri ini baru sahaja memasuki musim pertama yang mengandungi 26 episod. Pada minggu lalu, episod kelima telah disiarkan dan kini, pengarahnya, P. Prem Anand Pillai, 27, sibuk membuat rakaman untuk episod 12 hingga 20.
Drama ini banyak mengutarakan mesej-mesej yang bersifat positif, membina dan mendidik penonton untuk menanamkan sifat-sifat yang murni sambil berhibur dengan lawak jenaka yang diselitkan menerusi watak pelakon-pelakon cilik ini.
Pemilihan pelakon cilik ini telah berlangsung sejak lewat tahun lalu apabila beberapa pusingan sesi uji bakat diadakan di Filmscape Sdn. Bhd. di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Dari situ, kesemua pelakon-pelakon cilik ini dipilih berdasarkan kepada kepetahan berbahasa Melayu dan kebolehan berlakon secara semula jadi.

Kesemua pelakon cilik ini dipilih berdasarkan kepada kepetahan berbahasa Melayu dan kebolehan berlakon secara semula jadi.
Hasilnya, watak terpenting iaitu Shazlan jatuh kepada Shafimie Saedon, 10, dari Kota Damansara, watak Aaron dipegang oleh Chan Qi Feng, 12, dari Subang Jaya, watak Sathiya dilakonkan oleh Nasiruddin Nasir, 11, dari Kampung Pandan, watak Lydia dipegang oleh Ili Mariah Mohd. Sharif, 12, dari Subang Jaya dan sudah tentu Farhana sebagai Fasha dari Kampung Baru.
Shafimie dan Nasiruddin mengenali satu sama lain sejak berlakon dalam drama, Malam Tujuh Likur. ΐBerbanding dengan kakak saya, saya gemar menari dan berlakon, ungkap Nasiruddin yang nampak kelakar apabila cuba menghidupkan lakonannya menari bersama Aaron sambil menghumbankan dirinya ke kiri dan kanan.
Nasiruddin mula aktif semasa berusia enam tahun apabila dia menyertai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian untuk menjayakan filem Tentang Bulan dan terbaru, Brain Scan yang bakal ditayangkan pada tahun ini.
Sejauh mana pun minat berlakon dalam program televisyen dan juga teater seperti Tasik Chini, Nasiruddin mengaku dirinya tidak pernah lalai mengikuti pelajaran di sekolah. Lagipun, dia memastikan agar pembahagian masanya adalah seimbang dan aktiviti berlakon dilakukan pada masa lapang atau di musim cuti sekolah.
Memandangkan dia agak bertuah kerana mendapat pendedahan di kedua-dua layar kaca dan di pentas, Nasiruddin pantas melahirkan rasa teruja berlakon di atas pentas berbanding program televisyen. ΐKalau program TV, selalu ada cut cut. Kena ulang (lakon) banyak kali. Kalau di atas pentas, terus lakon seperti yang dilatih, katanya beria-ria.
Seperti Sathiya dalam Hikayat Putera Shazlan, Nasiruddin juga kuat makan. Dia tidak malu untuk mengakunya. Mengenai masa depan, katanya, dia teringin menjadi seorang penyampai radio sehebat Farah Fauzana dan Faizal Ismail dari Hot FM. Jika tidak, dia hendak menjadi seorang arkitek termasyhur atau seorang pengawai polis yang berdedikasi. ΐSaya suka tugas-tugas yang mencabar, jelasnya yang tidak menunjukkan niat kekal menjadi seorang pelakon sepenuh masa.
Sungguhpun masih mentah dan ada dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pengalaman berlakon di hadapan lensa kamera, namun, kanak-kanak ini pandai bersikap “profesional”. Seperti orang dewasa, mereka memberi komitmen yang terbaik dan memastikan tidak mendukacitakan daddy (rujukan yang diberi oleh kanak-kanak ini kepada Prem).
Shafimie mungkin yang paling muda dalam kumpulan ini dan memegang watak utama, namun, dia tetap menunjukkan kesopanan apabila mencari ruang untuk menjenguk dan sempat bersalam walau sesibuk mana pun perlu berlatih. Apabila Prem menyuruh mereka berehat minum petang, Shafimie, dengan sifat keanak-anakkannya yang tebal leka bermain domino dengan seorang “kakak” dari krew penggambaran.
Qi Feng yang pertama kali berjinak dalam dunia lakonan, tidak merasakan dirinya popular. Mengapa? Jawapannya ialah setakat ini dia belum menerima panggilan telefon dari kawan-kawan. Begitupun, Qi Feng tidak menyangkal hidupnya sedikit berubah. ΐSekarang saya kena belajar lebih masa agak tidak tercicir dalam pendidikan, katanya yang sememangnya aktif menyertai pertandingan menari dan syarahan.
Farhana dan Ili Mariah pula dilihat penulis cukup serasi. Di samping mempunyai pengalaman berlakon dan saling melengkapi satu sama lain dalam penceritaan Hikayat Putera Shazlan, mereka berkongsi pendapat yang sama terhadap daddy yang digambarkan sebagai mesra kanak-kanak.
ΐDia tak marah tapi bagi arahan secara tegas dan jelas. Dia layan kami seperti kanak-kanak dan kadangkala bermain UNO dengan kami. Dia yang selalu menang tapi adalah sesekali bagi kami menang, luah Ili Mariah sambil dipersetujui oleh Farhana.
ΐAda masanya kami terpaksa balik lepas pukul 12 malam tetapi tak rasa penat. Seronok sampai tak sedar masa berlalu,ujarnya.
Dalam realiti, Ili Mariah aktif dalam sukan lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. Selain itu, dia membuat penampilan dalam pementasan Bunga Raya manakala Farhana berlakon dalam Manjalara, Kasih dari Syurga dan Kasih Suci.
ABBY menerima didikan Prem
Sementara itu, Prem sebagai seorang pengarah yang cukup berpengalaman melalui arahan drama Manjalara, Jojo’s Ticket to Wellbeing, Doop dan lain-lain, melihat pembikinan drama Hikayat Putera Shazlan sebagai satu cabaran baru.
Sebelum ini, dia tidak pernah bekerja dengan kumpulan pelakon yang rata-ratanya terdiri daripada kanak-kanak. Penggunaan efek juga ditingkatkan untuk menyampaikan visual secara berkesan.
ΐSetakat ini, tak ada masalah dan penggambaran berjalan dengan lancar. Kami biasanya berkumpul di rumah Shazlan yang terletak di Ampang untuk rakaman indoor dan keluar ke lokasi pada hari-hari tertentu, katanya yang gembira kerana drama ini tercatat dalam senarai 10 program televisyen terhangat di antara rancangan-rancangan tempatan yang disiarkan di Astro.
Turut menjayakan lakonan ini ialah pelakon popular drama bekas Gerak Khas, Abby Abadi, 30, yang menjadi Mak Som atau ibu kepada watak yang dibawa oleh Farhana dan Fasha. Katanya: ΐDalam drama ini, saya adalah mak cik Shazlan yang jahat. Suka marah-marah tapi tak marah macam dalam drama lain. Marah seperti kartun, main-main sikit.
ΐSeronok juga berlakon dengan kanak-kanak ini. Saya selalu buat homework, berlatih menghafal skrip dan imbangkan dengan lakonan si kecil, katanya yang percaya tidak sesuai membawa watak “penggoda”.
Powered by Kosmo
June 11th, 2008 at 5:57 pm
saya teringin nak jadi berlakon dengan shazlan saya slalu email dengan saye kadang-kadang dia tak ada ok…
June 15th, 2008 at 12:09 pm
Saya gemar menonton hikayat putera shazlan terutamanya apabila melihat aksi lucu daripada Shafimie Saedon dan Ili Mariah. Tapi saya tak kata pelakon lain tak ‘best’. Sentiasa best cuma nak tanya…kenapa akhir akhir nya hikayat putera shazlan menunjukkan carita ulangan? Dan adakah hikayat putera shazlan akan mengadakan musim yang kedua yang lebih ‘BEST’?
June 18th, 2008 at 4:45 pm
Saya suka tengok hikayat putera shazlan dan pelakonnya terutamanya fasha(sweet).saya suka gelak tawa fasha.Lydia pula saya sukakan wataknya.Kenapa cerita ini berulang semula?
June 21st, 2008 at 6:02 pm
NASIRUDIN NASIR BERLAKON TENTANG BULANKAN?
June 25th, 2008 at 3:12 pm
hai u all??
June 25th, 2008 at 3:15 pm
hai u all?? bo fo do fgo
July 10th, 2008 at 11:10 pm
i suka tengok hikayat putera shazlan dan pelakonnya terutama fasha apabila dia merajuk dengan mak som dan apabila mak som cuba memujuknya.selain itu,yang paling menyedihkan apabila shazlan kena diherdik dan dipukul.saya akan berasa amat simpati.apa yang ingin saya sampaikan adalah keluarkan edisi terbaru yang lebih menyeronokkan.
July 17th, 2008 at 9:38 am
harap2 dpt alamat mail fimie
July 19th, 2008 at 11:45 pm
ha’a, korang bagi la e-mail dia. bagi jer…
July 30th, 2008 at 1:16 pm
Hai,shazlan.Boleh saya tahu siapa punya suara yang jadi buku
ajaib.Saya minat sangat dengan awak dan lydia.Boleh saya tahu
awak dengan lydia tu adik beradik ke.
August 15th, 2008 at 4:47 pm
hai sume …
saye pown minat gak ngn shazlan / shafimie tu !!
die baek sgt ..
jgn lupe nntikn filem tebaru nye di pawagam xlame lg ..
September 16th, 2008 at 11:26 pm
Kepada penulis ruangan kosmo, kisah watak utama dalam Hikayat Putera shazlan, sayangnya gambar dia langsung tak kelihatan, tak ada cerita tentang watak utama, rasanya seperti berat sebelah
cuba ketengahkan watak utama Shafimie Saedon seorang kanak-kanak saya rasa amat panas dipasaran, sayang nya tiada pihak ketengahkan mereka yang berbakat, pls do something TQ
September 19th, 2008 at 10:06 pm
ai,guyz..ngah uat pe tu??;-)
September 19th, 2008 at 10:09 pm
sy bru je chatting kat cniey…sy nk knal dngan kowank bleyh tak??niey no sy…0126328343
September 26th, 2008 at 9:54 am
sy suka sgt tgk citer hikayat putera shazlan nie..sy nk tahu sgt last2 dia camne..tp naper ulang2??
September 27th, 2008 at 9:10 am
haiii all!! ape la korang x kan x tahu alamat e-mail shazlan tu!!korang tahu tak aku ni selalu chatting ngan fimie…aku ni memang minat gile ngan dia la…aku teringin jugak jumpa fimie tu…dan kalo korang nak e-mail die ni:::
ubpro_don@yahoo.com..
korang kalau nak chatting ngan aku..::
ainurnajihahamizan@yahoo.com
sentiasa layan punyala!!oklah SALAM CERIA…!!!
October 16th, 2008 at 4:09 pm
hai ili kawan saya nak berkenalan dengan awak boleh tak?
October 27th, 2008 at 5:02 pm
bila la aku nk jumpa ngan fimie. asyik sms jer….
November 3rd, 2008 at 3:46 pm
hai fimie..ni kak alin yang slalu sms ngan fimie tu lah
November 5th, 2008 at 4:31 pm
askum..fimie..saya teringin sgt nak blakon..kan fimie ada ckp director yang fimie anggap ayah fimie,so fimie tanyalah die k..bye…tk
November 5th, 2008 at 4:32 pm
hai fimie ngah wat per?busy ker?
November 5th, 2008 at 4:49 pm
askum siti,ko ada no fone x?fimie 2 bkan adk brdk ngan ili mariah(LYDIA)..
November 12th, 2008 at 12:43 pm
Shafimie memeng best…so blh berkenalan
November 13th, 2008 at 3:50 pm
hi fimie…boleh x awk jadi couple saye..please
awk ni cute dan ensem
November 13th, 2008 at 3:52 pm
hi fimie..saye nak couple ngan awk leh x?
November 13th, 2008 at 3:53 pm
hi fimie mai la umah saye di alamat:
blok 23-12-5 taman seri damai,
batu lancang,11600 pulau pinang
mai tau jgn x mai
November 18th, 2008 at 10:34 am
hai sume, sape nak email kite. prince_kids95@yahoo.com
fimie, boleh tak bagi sy no phone awak? pleazzz.
call sy k. 0168764453. sy takkan bg org lain punye. call sy k. a’kum. byeeeeee. slamat b’shooting………
November 18th, 2008 at 10:36 am
sape knl hafiz aiman. bleh call 0168764453 tak. kite nak b’kenalan. k.
November 19th, 2008 at 2:58 pm
Hi.. Ili Mariah.. Saye minat kat awak lah… Awak ada phone tak… kalau ada saya nak.. saya nak cakap dengan awaklah… Call saya ok.. please!!!!!!!!!!!!!!!!-016-2694779-phone saya.. tolong call saye eh… nama saya Nurfatin Suhaila.. panggil saye su… Nama singkatan awk apa?(harap-harap mariah buka internet dan tulis di situ hikayat putera Shazlan pastu tekan Hikayat Putera Shazlan) tolong call saye ye… please…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! I love You ..
November 19th, 2008 at 3:00 pm
Hari jadi saya hari JUMAAT ni… 21/November/1998.. Tarikh lahir awak bila…awak darjah berapa…
November 20th, 2008 at 3:32 pm
Hi Ili… Kalau awak nak bagi tau nombor handphone awak tu berapa…awak tulis lah kat sini.. jangan telefon ok… kalau kita nak cakap-cakap.. kita telefon eh.. Ye ke… Awak dengan Fimie adik-beradik… Siapa tau nombor handphone saya.. bagi tau tau… tulis kat sini tau…
December 14th, 2008 at 6:09 pm
hai,saye minat sangat dgn shazlan dan lydia.lydia/ili mariah pernah x berlakon sblm ni
December 31st, 2008 at 4:34 pm
asslamualaikum fimie….
awk ada myspace x? kalo awk ada blh bagi?????saya cume minat kat syazlan bkn fimie…bye and thnx