Fazura, Geraldine Tarik Rambut
KUALA LUMPUR: “Geraldine (mangsa) kelihatan seperti mabuk kerana berkelakuan berbeza berbanding hari biasa,” kata Shahrizan Mohd Rodzi, 35, ketika memberi keterangan berhubung kes pelakon Nur Fazura Sharifuddin, 25, atau Fazura yang dituduh mencederakan seorang suri rumah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Perunding teknologi maklumat itu yang juga rakan Fazura berkata, dia ternampak Geraldine Marina Wong, 33, menikmati minuman keras bersama-sama rakannya.
Dia mendakwa Geraldine minum wiski atau brandy dan bermesra dengan teman lelaki Fazura pada ketika itu yang dikenali Ahmad Razman Ahmad Razali, 32, yang juga anak bekas Menteri Besar Selangor.
“Geraldine ada pergi ke arah Razman dan meminta menambah minuman keras dan saya nampak dengan jelas kerana kawasan itu kecil.
“Jika Geraldine tidak mabuk dia akan duduk dengan tenang sambil berbual dengan rakannya…tetapi malam itu dia jelas mabuk dan tidak henti-henti menonjolkan kemesraan terhadap Razman,” katanya menjawab soalan peguam Mohd Fakhrul Azman yang mewakili Fazura.
Ditanya punca Fazura bertengkar dengan dengan suri rumah terbabit, Shahrizan berkata Geraldine mengutuk dan memperlekeh pelakon popular itu.
“Fazura menemui Geraldine untuk berbincang, tetapi berlaku pertengkaran antara mereka.
“Saya ternampak mereka tolak-menolak dan menarik rambut antara satu sama lain,” katanya.
Saksi kedua pembelaan berkata, Fazura yang kelihatan lesu, berjalan keluar dengan memegang kasut tumit tinggi di tangan kanannya sebelum Geraldine menyerangnya.
Katanya, Geraldine menyerang dari arah belakang dan menarik rambut Fazura menyebabkan pelakon terbabit menghayun kasut yang dipegang terhadapnya.
Perbicaraan di hadapan Majistret Aizatul Akma Maharani disambung 22 Mei ini.
Powered by Harian Metro

July 26th, 2008 at 1:17 pm
saper Ahmad Razali nie..bf fazura ker??