Tidak Pernah Musuhi Darling


Oleh Zaidi Mohamad



Suhaiza Suhaimi

Memey harap hubungan mereka kembali mesra seperti dulu

DULU seperti belangkas tetapi sejak kebelakangan ini mereka bagaikan sudah berpatah arang, berkerat rotan. Itu adalah antara cakap-cakap dalam dunia hiburan mengenai hubungan pelakon baru Suhaiza Suhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Memey, 20, dengan seorang lagi artis yang juga produser, Darling Ngasri.

Kebetulan pula Darling adalah ibu saudaranya lalu tidak hairanlah jika mereka kerap kelihatan bersama dan berkongsi rumah. Tetapi kini hubungan itu dikatakan sedikit renggang yang akhirnya membuatkan Memey membawa diri sejak dua bulan lalu. Lalu, timbullah pula cerita bahawa Memey lupa diri dan asal -usul.

Saat diajukan soalan itu kepada Memey, dia kurang selesa untuk menceritakan kerana baginya cerita keluarga terlalu peribadi untuk dikongsi bersama. Tetapi dia mengakui sejak tidak berhubungan dengan Darling, pelbagai cerita kurang enak yang datang menerjah.

“Hakikatnya tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Tetapi sedikit sebanyak artikel yang keluar di akhbar, majalah dan laman siber mengeruhkan lagi keadaan. Apa yang terjadi selebihnya biarlah Memey simpan kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan. Biarlah kami saja yang tahu segala kemungkinan persoalan yang belum bisa dirungkai.

“Memey akui sudah tak berhubungan dengannya sejak kisah kami dipaparkan umum. Insya-Allah, Memey berharap sangat supaya hubungan kami kembali seperti dulu. Memey masih memerlukan sokongan dan berasa selamat jika ada bimbingan orang sepertinya. Memey tak pernah memusuhinya. Cuma keadaan sekarang yang tak mengizinkan Memey untuk kembali membaik pulih hubungan kami,” ungkapnya penuh makna.


Memey juga mengakui tidak akan melupakan jasa Darling kerana tanpa bantuannya mustahil untuk dirinya terus bergerak di bidang seni. Tiada secalit dendam pun terpalit di hati kecil Memey dan soal lupa diri mahupun asal-usul tidak wajar timbul sama sekali.

“Walau apa jua yang telah berlaku dan bakal berlaku, Memey takkan sesekali melupakan jasanya yang telah memperkenalkan Memey ke dalam industri hiburan. Tiada secalit dendam pun dalam hati Memey. Dialah yang banyak mengajar, membimbing, memberi nasihat dan membantu Memey sehingga ke peringkat sekarang. Tanpa ragu, Memey boleh cakap kerana dialah orang yang mula memperkenalkan Memey.

Namun dalam berdepan dengan cerita kurang enak mengenai dirinya, rezeki Memey semakin murah sehingga dia mampu memiliki kereta Persona hasil titik peluhnya sendiri. Dia juga sudah mampu untuk menolak beberapa tawaran berlakon kerana lebih memetingkan kualiti dan enggan dikatakan tamak.

“Memey ada tawaran berlakon dua filem, tapi sayang sekali Memey terpaksa korbankan tawaran itu kerana sudah sedia terikat dengan dua drama (Roda-Roda KL dan Tragedi Oktober). Ralat dan kecewa juga apabila peluang berlakon filem terpaksa dilupakan seketika kerana Memey memang sudah lama menanti tawaran sebegitu. Bagaimanapun Memey tak menyesal, rezeki akan datang dan jangan ditolak, musuh pula jangan dicari,” katanya mengakhiri perbualan.

PROFIL:

  • Nama komersial: Memey
  • Nama sebenar: Suhaiza Suhaimi
  • Tarikh lahir: 25 Mac 1988
  • Tempat lahir: Hospital Kota Tinggi, Johor
  • Pendidikan: Sijil Pendidikan Malaysia (SPM)
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Model, pengacara, pelakon
  • Drama: Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda KL dan Tragedi Oktober.
  • E-mel: may_suhaiza@yahoo.com.my

Powered by Berita Harian

7 Responses to “Tidak Pernah Musuhi Darling”

  1. intan Says:

    memey….aku harap kau tabah…aku kenal kau sejak sekolah menengah kita sama2 1 kelas…tapi…aku kecewa skt kau dah tak kenal aku masa aku jumpa kau g shopping kat kota tggi dgn family kau…tapi aku still support kau…good luck n all the best…

  2. nad Says:

    salam…hai su…aku pnh 1 hztl ngn ko…if i not mistaken,ko pnh sklh STH kn…pe pn…gd luck,n try 2 be ur self..

  3. penyu Says:

    ko buduh memeyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. penyu Says:

    jgn suka rampas suami orang ooooooooooooo….

  5. penyu Says:

    orng lain pn ada perasaan dgn mnusia…
    tp jgn lh runtuh kan MASJID yg d bina olh mereka atas dasar cinta yg mereka kecapi bersama..
    mereka sdh ada zuriat, tp pnceraian ini blh menggnggu fikiran anak2 mereka kelak…
    cuba kau bayngkn klu kau berada di tmpat ABBY,,,
    dia lngsung xda buat salah dgn ko..
    tau lh kau artis baru yg ingin mendapat nama di persada seni,tp guna lh dgn buat amal kebaikkn,,,
    fikirlhh…..TUHAN masih menerima taubat hamba-NYA yg ingin bersamaNya selalu……

  6. enjit2semut Says:

    sama ada artis baru atau lama sama2 berada dalam lembah maksiat.cuma takat sikit banyak dosanya berbeza.xcaya tanya artis2 tu. satu-sepuluh saja yg betul baik dari seratus… nafsu sukar dibataskan apalagi nafsu sex. yg lelaki cari peluang yg pompuan beri peluang…walau bukan semua…xkiralah dah berbini berlaki /tidak.maaf cakap…

  7. zz Says:

    mey, tepong kau tebal la

Leave a Reply