Ziana Mahu Hamil Lagi


USIANYA mungkin sudah mencecah 40 tahun.

Dalam kegembiraan menyambut hari lahirnya pada 2 Mei lalu, rupanya jauh di sudut hati penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain, beliau menyimpan hasrat yang begitu lama dipendam.

‘Saya begitu kepingin untuk memiliki seorang anak perempuan. Cemburu juga melihat rakan artis seperti (penyanyi) Nora yang sudah memiliki anak perempuan.

‘Walaupun sudah mencecah usia 40 tahun, saya masih lagi mahu memiliki cahaya mata. Tetapi semuanya bergantung kepada rezeki Allah,’ kata Ziana dalam laporan akhbar Utusan Malaysia.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, dalam laporan akhbar Harian Metro pula berkata beliau merancang untuk hamil lagi tahun hadapan.

‘Maklumlah, saya sudah ada dua anak lelaki. Itu harapan saya, sekiranya Tuhan memberi sekali lagi anak lelaki, saya terima. Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan menentukan,’ ujarnya.

Hasil perkahwinan Ziana dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri, pasangan itu dikurniakan dua putera, Muhammad Aiman Armin, lapan tahun; dan Muhammad Ammar Armin, lima tahun.

Powered by Cyberita

Leave a Reply