Inilah Cahayamata Lisdawati & Fauzi
Oleh NIEZAM ABDULLAH Foto NORHAYATI (Pelatih Unimas)
FAUZI yang sudah ada pengalaman menunjukkan cara-cara memegang anak.
TIDAK dapat menggambarkan dengan kata-kata tetapi wajahnya cukup gembira tatkala menatap anak sulungnya hasil perkahwinan yang dibina pada 9 September tahun lalu.
Lisdawati Nazaruddin,29, atau lebih mesra dengan panggilan Lis bagaikan tidak percaya akhirnya dia dikurniakan zuriat sebagai pelengkap terhadap perkahwinannya dengan seorang duda beranak empat, Fauzi Nawawi,35.
Lis selamat melahirkan Nur Aini Farhana pada 3 Jun lalu di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.57 petang.
Bayi seberat 3.270 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan kerana ia sudah melepasi tempoh jangkaan bersalin yang sepatutnya dijadual pada 1 Jun lalu.
Kata Lis, dia dapat merasakan pengalaman melihat bagaimana doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anaknya itu kerana hanya sebahagian badannya sahaja yang dibius.
Ketika mendengar bunyi tangisan itu, Lis amat gembira apabila doktor memaklumkan anaknya sihat.
”Selepas bayi dikeluarkan, doktor memberitahu Lis mendapat anak perempuan. Masa itu Lis cukup teruja untuk memegang anak sendiri selepas mendengar dia menangis,” katanya.
Selepas lahir, anaknya dikamat oleh seorang ustaz di hospital berkenaan kerana ketiadaan Fauzi yang menjalani penggambaran drama Sari Maya terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. di Perlis.
Berkongsi kisah gembiranya, sehari sebelum bersalin Lis sudah mengalami sedikit kesakitan tetapi menyangka perutnya masuk angin kerana terlewat makan.
Bagaimanapun keesokkan paginya perut Lis semakin sakit sehinggalah terdapat kesan darah pada rahimnya.
Ketika itu ujar Lis dia terus menghubungi Fauzi yang berada di Perlis dan dinasihatkan untuk pergi ke hospital kerana ia merupakan tanda-tanda yang Lis akan bersalin.
”Lis dibawa oleh ibu ke Pusrawi dan doktor mencadangkan untuk membuat pembedahan kerana kandungan sudah lebih tempoh jangkaan,” katanya.
Sama ada anaknya lelaki atau perempuan ia bukanlah masalah kepada mereka asalkan anaknya itu sihat dan Lis dapat bersalin dengan selamat.
Bagaimanapun sebelum ini Lis pernah bermimpi dia akan mendapat anak lelaki dan tidak menyangka yang lahir sebenarnya anak perempuan.
Selain melalui pengalaman pertama bersalin, percaya atau tidak seumur hidup Lis dia tidak pernah dimasukkan ke dalam wad.
Tetapi semasa dimaklumkan terpaksa bersalin melalui kaedah pembedahan, Lis mengakui dia agak gementar apatah lagi melihat sendiri jarum dan juga kelengkapan lain yang digunakan ketika di bilik pembedahan.
Lis boleh dikatakan seorang yang kuat semangat kerana selepas bersalin dia agak cergas dan aktif walaupun kesan pembedahan masih belum pulih.
Fauzi juga harian melihat semangat Lis itu yang boleh tersenyum dan juga mampu bergerak dengan agak aktif sedangkan dia tidak seperti ibu lain yang bersalin secara normal.
”Pelik juga saya tengok Lis kerana dia begitu aktif. Kalau orang lain tentu akan tidur dan tak dapat bergerak dengan banyak,” katanya.
Selepas bersalin Lis akan bercuti dari menerima tawaran berlakon dalam tempoh yang agak lama sementara menanti kesan pembedahannya pulih.
Menceritakan pengalamannya ketika dihubungi Lis, kata Fauzi dia bagaikan tidak sabar untuk melihat anaknya itu sehinggakan dia terpaksa meminta kebenaran daripada pengarah drama untuk menyiapkan beberapa adegannya dengan cepat.
Hari Selasa selepas penggambaran terus dia pulang dari Perlis dan sampai di hospital kira-kira pukul 7 malam.
”Apabila melihat Nur Aini Farhana, terus saya memeluknya dan kamat di telinganya sekali lagi,” katanya.
Tiada apa yang diharapkan Lis tetapi dengan kehadiran cahaya mata ini rumah tangganya dengan Fauzi akan lebih bahagia dan berseri di samping rezeki yang melimpah luah daripada-Nya.
Powered by Utusan Malaysia
June 18th, 2008 at 12:53 pm
Tahiah kepada lisdawati dan fauzi kerna mendapat cahayamata.semoga rezki anda berdua bertambah.
July 22nd, 2008 at 5:38 pm
tahniah. dan jangan lupa bayar hutang!
July 28th, 2008 at 11:00 pm
tahniah an jan erik tambah baby k….
suka tgk kak lis yg berisi…
semoga jad keluarga yg hrmonis
July 29th, 2008 at 12:54 pm
Kalau lah boleh contact Lis, nak propose bengkung saya kat dia. Bengkung untuk bersalin caeserean…
August 17th, 2008 at 2:06 am
hm..bagus ler dah dapat a
nak comel mcm mak & bapaknye