Linda Mandi Bunga Di Jakarta?


[
Tonton video ]

KL, 24 OKT 2008:  Entahlah sama ada betul atau tidak cerita yang Miss Propa dengar mengenai deejay radio wanita  popular seorang ni. Siapa lagi kalau bukan Linda Onn.

Haa,  baru-baru ini Miss Propa dengar Linda baru sana pulang dari Jakarta, Indonesia. Yang nak tergelak tu, Linda dikatakan pergi mandi bunga. Tak pastilah mandi bunga di spa ala-ala Bali ke atau spa ala-ala Jawa.

Amboi, jauhnya pergi mandi bunga. Miss Propa pun mandi bunga juga tapi sekadar wangian dari ekstrak bunga-bungaan di KL aje. Sekarang syampu badan pun ada ‘perasa’ spa!

Tapi kenapa nak bermandi flora Linda? Mungkin juga untuk menaikkan aura seri sempena tugasnya mengendalikan Sehati Berdansa 2 yang sedang bermula.  Ataupun mungkin untuk membantu memikat hati penonton-penonton tak?

Takpelah Linda. Walau apapun Miss Propa tetap suka dengan suara unik Linda di Era FM mahupun menonton Linda di kaca TV. Sentiasa cantik dan menawan.

Satu lagi cerita hangat yang Miss Propa dengar ialah tentang sepasang selebriti  yang khabarnya membawa seorang kerabat Diraja pergi berkaraoke. Memanglah bukan perkara mengejutkan. Tapi yang terkejutnya apabila keluarga kerabat diraja itu tidak berkenan dengan tindakan pasangan selebriti terbabit. Macam tak ada protokol pula.

Apapun Miss Propa nak ucapkan selamat menyambut Deepavali kepada mereka yang meraikannya. Yang balik kampung, berhati-hati dik non di jalan raya!

[Klik di sini untuk menonton Miss Propa episod ke-26]

Murai

One Response to “Linda Mandi Bunga Di Jakarta?”

  1. enjit2semut Says:

    malam tadi gwa tertonton linda kat galaksi ke ape di tv1?
    makin kecil dan kurusnya dia, knape ye? kesian macam ada sesuatu yg misterius.wlpun slimmm itu kesukaan banyak pompuan… namun kalau tooo slimmm xlawa juga. lin bila nak pakai inai?

Leave a Reply