Archive for the ‘Aida Rahim’ Category
Bukan Dejavu Beri Kesan Mendalam
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
KISAH dua pendatang Indonesia yang hidup dibelenggu kemiskinan, Narti dan Yanto yang merindui kampung ha laman sekalipun sudah sepuluh tahun merantau di negara ini antara tema kemasyarakatan menarik yang diangkat dalam naskhah Dejavu karya Ismail Kassan.
Dejavu bukan saja menghiburkan sebagai teater bersifat semi-humor tapi apa yang penting, mesejnya memberi kesan mendalam pada penonton.
Justeru, berdasarkan pencapaian cemerlangnya sejak di pentaskan pada 1999, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Badan Budaya DBP serta Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) bakal mementaskan sekuelnya pula berjudul Bukan Dejavu di DBP, Kuala Lumpur pada 9 hingga 13 Julai nanti.
Naskhah Bukan Dejavu adalah sambungan daripada Dejavu karya penulis yang sama dipilih sebagai Persembahan Teater Perdana DBP tahun ini.
Jika skrip Dejavu pernah memenangi Hadiah Sastera Per dana 2004, Bukan Dejavu pula adalah pemenang hadiah pertama Pertandingan Menulis Skrip 50 Tahun DBP, tahun lalu.
Ketika dihubungi Rap, Pengarah Bukan Dejavu, Siti Ro hayah Attan berkata, skrip Bukan Dejavu menampilkan lebih banyak watak baru dan mempunyai kekuatan tersendiri seperti Norma Hamima, Wan Dol, Udin, Leman, Jamilah, Tahir dan Siti.
“Cerita asal tetap dikekalkan dan persembahan kali ini bermula tiga bulan selepas insiden Narti memukul perompak yang cuba merogol Nora dan Rohana. Watak Narti, Yanto dan Parjo yang penuh dengan sifat lucu dikekalkan.
“Selain itu, watak Parjo yang mendapat tempat di hati penonton juga dikembangkan menjadi lebih dominan. Bukan saja sebagai pendatang Indonesia yang cuba menghiburkan penonton menerusi nyanyian tapi sikap lucunya serta lebih bertanggungjawab,” katanya.
Rohayah berkata, cabaran paling besar yang dihadapinya ialah untuk mementaskan teater itu dalam tempoh dua jam kerana skrip asalnya memerlukan masa empat jam untuk dipentaskan.
“Suntingan dan fokus harus dilakukan dengan tepat dan teliti. Saya percaya dengan kerjasama barisan pelakon, pihak DBP dan sambutan daripada khalayak, kami pasti berjaya melakukannya sekali lagi sebagaimana pementasan Dejavu,” katanya.
Rohayah berkata, pementasan itu membabitkan 26 pelakon dan sebahagian besar adalah pelakon asal.
“Sebenarnya, saya cuba mengekalkan pelakon asal Dejavu tetapi hanya sebahagian saja yang dapat memberikan ko mitmen mereka seperti Juhara Ayob (sebagai Narti), Shukor Yon (Yanto), Safura Ya’cob (Ustazah Salmi), Yussak Kassan (Parjo) dan Hussin Hashim (Penagih Dadah).
“Apa yang penting, mereka tahu jalan cerita dan sudah pasti ia memberi kelebihan kepada mereka untuk meningkatkan lagi kualiti lakonan kerana kekuatan teater ini adalah pada aspek lakonan.
“Pelakon lain yang turut membantu merealisasikan teater ini ialah Datin Norish Karman (Nora), Datuk Jalaluddin Hassan (Tahir), Rasdi Daud (Pak Jamal), Aris Othman (Leman), Arabiah Ahmad Nazri (Jamilah), Mardiana Alwi (Norma), Siti Asmiera Zulaiqha Hasmuri (Siti) dan Eyzendy Aziz (Wan Dol),” katanya.
Mengimbas latarnya, Dejavu pernah dipentaskan dan di arahkan oleh Siti Rohayah Attan sebanyak tiga kali. Kali pertama karya ini dipentaskan dengan menggunakan judul Dejavu Seorang Perempuan pada 23 hingga 30 Oktober 1999 di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur. Antara pelakonnya, Erma Fatima, Aida Aris, Aida Rahim, Norzizi Zulkifli, Shukor Yon dan M. Redzuan Deen.
Kali kedua, naskhah ini dipentaskan pada 24 hingga 29 Januari 2004 di tempat sama dan menampilkan Fauziah Datuk Ahmad Daud, Juhara Ayob, Melissa Saila, Norzizi Zulkifli, Mubarak Majid, Shukor Yon dan Shahronizam Noor.
Pementasan kali ketiga pula di Panggung Sari, Istana Budaya pada 18 September 2004. Pelakonnya ialah Fauziah Ahmad Daud, Safura Yaacob, Serina Redzuawan, Rozie Rashid, Shukor Yon, Zuhairi Ibrahim,Juhara Ayob, Yussak Kassan dan ramai lagi.
Teater Bukan Dejavu bakal dipentaskan di DBP, Kuala Lumpur jam 8.30 malam dengan harga tiket RM20, RM30 dan RM50. Manakala, diskaun 50 peratus untuk pelajar dan warga emas.
Mereka yang ingin mendapat maklumat mengenai per kembangan teater ini boleh melayari laman web www.bu kandejavu.blogspot.com.
Powered by Harian Metro
Dari Belacan Ke Denim
Oleh FERIDE HIKMET ATAK

BAKAL berlakon di samping Rita Rudaini menerusi dua watak mencabar.
JIKA kebanyakan selebriti sekarang lebih tertumpu dalam menghasilkan produk-produk kecantikan dan penjagaan diri yang dilihat lebih berkelas tinggi, tetapi tidak bagi pelakon, Ezany Nizarif yang lebih selesa mengeluarkan produk-produk makanan dan pakaian di bawah syarikat miliknya, EMP Sdn. Bhd.
Popular digelar sebagai usahawan belacan, dia turut menambahkan produk dari kilangnya seperti kunyit, ikan masin, asam jawa, udang halus kering dan pencuci pinggan mangkuk yang menggunakan namanya.
Tidak mahu bersaing dengan artis lain, Ezany menganggap, dengan mengusahakan perniagaan makanan, ia lebih menguntungkan walaupun sesetengah pihak pernah mentertawakannya.
ΐSaya tidak kisah dengan apa orang kata. Yang penting perniagaan ini membuahkan hasil kepada saya dan rezeki yang saya cari itu halal, katanya yang juga menganggap perniagaan tersebut merupakan satu back up dan persiapan hari tua jika dia tidak aktif berlakon satu hari nanti.
Pelakon yang berusia 35 tahun itu memberitahu, produk makanan tersebut turut memaparkan gambarnya dan dijual di kedai-kedai runcit di seluruh negara kecuali negeri Kelantan.
Jelas Ezany, dia terbuka hati untuk membuka perusahaan tersebut selepas melihat kebanyakan artis membuka perniagaan sendiri.
ΐBila tengok mereka sibuk menguruskan perniagaan, hati saya terdetik untuk berniaga sekali, beritahu Ezany yang bakal melancarkan butik Grass Jeans yang pertama di Kuala Perlis menjelang dua minggu akan datang.
ΐJenama ini sudah pun beroperasi sejak tahun 1991 di Sungei Wang dan kilangnya terletak di Melaka tetapi saya baru saja mengambil alih butik itu pada tahun ini.
ΐSelepas pelancaran di Perlis, saya bercadang untuk menambah cawangan di Tawau, Sabah pada Mei nanti, ujarnya.
Sasaran memilih dua negeri itu kerana majoriti penduduk di sana adalah pelajar universiti dan kolej.
Dan ini memberi peluang kepadanya untuk menjual pakaian kepada pelajar-pelajar tersebut yang berunsurkan kasual dan trend masa kini.
ΐDi negeri kelahiran saya saja mempunyai dalam 60,000 pelajar dan kebetulan, di sana mereka tiada tempat untuk membeli belah melainkan mereka keluar ke pekan, jelasnya yang turut memberitahu, pakaian yang dijual bukan sekadar untuk lelaki sahaja tetapi pakaian perempuan turut dijual.
Tambahnya, barangan seperti seluar jean, t-shirt, jaket, tali pinggang dan topi yang ranggi dijual dengan harga yang berpatutan.
Di Kuala Lumpur, Ezany mempunyai francais Grass Jeans tetapi sekadar showroom yang terletak di Alam Damai, Cheras.
Isteri dua kali keguguran
EZANY tidak kisah ditertawakan.
Ketika sedang rancak berbual mengenai perniagaannya yang semakin berkembang, riak wajahnya terus sahaja berubah apabila perihal tentang cahaya mata pula mengambil alih topik perbualan malam itu.
Jelas terpancar sedikit kekecewaan daripada anak matanya yang kelihatan merudum dan dengan nada perlahan dia memberitahu: ΐSaya memang mahukan anak, tetapi masih tiada rezeki kerana sudah dua kali isteri saya keguguran kerana masing-masing tidak tahu pantang larang ketika hamil.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana isterinya, Lizda Nuryanti hamil dua bulan untuk kali ketiga.
ΐSaya harap, dengan pengalaman yang dialami sebelum ini dapat memberi pengajaran kepada kami untuk lebih berhati-hati dalam penjagaan bayi di dalam kandungan, jelasnya.
Kali pertama pegang watak berat
Menyentuh pula kariernya sebagai pelakon, populariti Ezany tercetus setelah berjaya membawakan watak Irfan dalam drama bersiri Natasha dan satu persatu drama ditawarkan kepadanya walaupun sudah enam tahun berada dalam dunia lakonan.
Nama Ezany Nizarif semakin meniti di bibir peminat-peminat drama dan ini menambahkan lagi populariti jejaka yang berasal dari Kangar, Perlis ini malah rezekinya semakin mencurah-curah.
Pelakon sederhana tinggi ini akan muncul dalam drama Aku Bukan Malaikat yang mana dia digandingkan dengan Nasreen Ngasri atau Darling dan drama tersebut akan ditayangkan pada 26 Januari ini di TV3.
Dalam pada itu, jejaka tampan ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran Tangisan Bulan Madu dengan memegang dua watak berbeza di samping Rita Rudaini. Sesuatu yang mencabar baginya dalam membawa dua watak tersebut.
ΐIni merupakan kali pertama saya mendapat watak berat lebih-lebih lagi memegang dua watak yang berlainan watak, katanya yang kini sedang menjalankan penggambaran drama Intan Asmara pula terbitan MIG Beats Sdn. Bhd.
Dia yang akan digandingkan dengan Lisdawati dan Raja Farah memberitahu, watak yang diberikan dalam drama Intan Asmara seperti drama-drama yang pernah dilakonkannya.
ΐWalaupun klise, jalan ceritanya pasti menarik perhatian kerana ia lebih membawakan emosi ke dalam jiwa penonton, ujarnya selepas pelancaran drama tersebut bersama syarikat MIG Sdn. Bhd. di The Lemon, The Mines, Seri Kembangan.
Selain Ezany, Lisdwati dan Raja Farah, drama terbitan David Teo turut menampilkan Ahmad Tarmimi Serigar, Ezany, Faizal Yusoff, Yalal Chin, Aida Rahim serta Safura Yaakub.
Powered by Kosmo