Archive for the ‘Alicia Keys’ Category

Perhaps A Little Too Sweet


SINGAPORE : A Southern-spun, honey-soaked confection that would undoubtedly have been perfect fodder on the Oprah show - if the Big O had a show in the 1960s. With a title like “The Secret of Life of Bees”, would you expect anything less?

Thankfully, writer-director Gina Prince-Bythewood (”Love & Basketball”) just barely skims the surface of verbose manipulative actions, relying instead on good ol’ storytelling and a admirable cast to carry it through.

Child superstar turned tween-could-be-sensation Dakota Fanning transcends that difficult age to give a full-bodied performance as a 14-year-old girl who escapes abusive dad Paul Bettany with caregiver Jennifer Hudson in tow. She winds up in the care of three black sisters - earth mother Queen Latifah, suspicious Alicia Keys and sweet but simple-minded Sophie Okonedo - finding the family she never had along the way.

Sue Monk Kidd’s dreamy 2002 bestseller is doused with a heavy dose of sweet whimsy as a film, and is tepidly pleasant and well-orchestrated touching. But it feels as if it could have been so much more than just unabashedly soft and sentimental if it did not soft pedal both the tragedies and triumphs. -

Channel News Asia

Malam Chris, Rihanna



MUNGKINKAH kemenangan berganda bersama-sama pada AME 2008 bakal membawa hubungan Chris Brown dan Rihanna ke tahap yang lebih serius?

BAYANGKAN Mariah Carey, Christina Aguilera, Beyonce dan bintang sensasi masa kini, Miley Cyrus dalam satu majlis yang sama. Ditambah pula dengan kehadiran Rihanna, Pink, Pussycat Dolls, Kanye West, Chris Brown, Alicia Keys dan Jonas Brothers.

Tidak cukup dengan itu, turut membanjiri majlis ialah bintang-bintang kelahiran American Idols Jordin Sparks, Chris Daughtry, David Archuletta serta bintang-bintang Disney, Ashley Tisdale dan Demi Lovato, malah tidak ketinggalan sosialit Paris Hilton, justeru 2008 American Music Awards (AME 2008) yang berlangsung di Los Angeles, kelmarin boleh dilabelkan dengan dua perkataan - mega gemilang!

Pendek kata, AME 2008 mengalami limpahan bintang-bintang mega industri muzik di Hollywood dan yang pasti impaknya tersirna menjadikan majlis ini begitu bergemerlapan.

Namun dalam puluhan bintang mega yang hadir, kegembiraan mega sudah tentu berpihak kepada Chris Brown.


PERSEMBAHAN panas daripada artis-artis terhangat masa kini, Miley Cyrus, Pussycat Dolls dan Christina Aguilera menjadikan AME 2008 begitu bergemerlapan.

Menduduki hirerki teratas dari segi status kemenangan pada AME 2008 ialah penyanyi remaja tersohor ini bukan sahaja meraih kemenangan terbanyak menerusi tiga trofi pada AME kali ini, tetapi dia layak bergelar Raja AME 2008 apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah tertinggi AME iaitu Artis Tahun Ini.

Dua lagi kemenangan Brown ialah menerusi kategori Artis Pop/Rock Lelaki Pilihan dan Artis Soul/R&B Lelaki Pilihan.

Apa yang menarik, Brown yang terkenal dengan aksi ligat setiap kali membuat persembahan di pentas baru sahaja mencecah usia 19 tahun dan pencapaiannya pada AME 2008 ini dilihat sebagai berjaya menundukkan penyanyi senior, Alicia Keys yang meraih lima pencalonan tetapi hanya menang dua trofi, itu pun hanya menerusi kategori Album Pop/Rock Pilihan dan Album Soul/R&B Pilihan.


AKSI kemenangan Taylor Swift.

Paling manis sekali, AME 2008 menjadi malam kenangan yang cukup indah buat Brown apabila teman wanitanya, Rihanna turut menang dua anugerah yang sama seperti yang diraihnya tetapi menerusi kategori wanita.

Mungkinkah kemenangan bersama ini bakal merapatkan lagi hubungan cinta mereka hingga ke tahap yang lebih serius seperti pertunangan mahupun perkahwinan?

Jawapannya mungkin tidak! Ini kerana kemenangan ini bakal menjadi pembuka jalan buat Brown sendiri untuk merintis jejak bertapak karier seninya ke arah yang lebih bermakna, yang bermakna dirinya bakal dicengkam kesibukan yang amat sangat.


MARIAH CAREY merakam kenangan bersama trofi anugerah Muzik Pilihan Soul/Rhythm & Blues yang diraihnya.

Apatah lagi album terbarunya, Grafitti bakal muncul pada tahun depan.

Brown jelas sekali begitu terkejut dengan kemenangannya terutama apabila namanya diumumkan sebagai pemenang anugerah Artis Tahun Ini pada penghujung majlis.


PENCAPAIAN mutakhir. Chris Daughtry (tengah) bersama anggota band, Daughtry merangkul trofi Artis Pop/Rock Duo/Kumpulan Pilihan.

“Seperti juga artis lain, saya memang terkejut dengan kemenangan saya ini,” ulas Brown pada sidang media sejurus majlis anugerah yang berlangsung di Nokia Theatre itu berakhir.

Tambahnya, “Saya tahu reaksi semua orang (dengan kemenangan saya) ialah ‘Huh?’, malah saya sendiri fikir Coldplay sepatutnya menang anugerah Artis Tahun Ini, tapi apabila nama saya yang diumumkan sebagai pemenangnya, saya terima saja.”

Mengulas mengenai album terbarunya yang berjudul Grafitti itu, Brown memasang angan-angan mahu berkolaborasi dengan Madonna menerusi salah satu lagu bagi dimuatkan dalam album tersebut.

“Saya juga berminat untuk membuat kolaborasi dengan Coldplay,” ujar Brown yang pernah berkolaborasi dengan Rihanna, David Banner dan Jordin Sparks.

Menaruh keyakinan yang tinggi terhadap album terbarunya itu tegasnya, “Ia (Album Grafitti) bakal menjadi batu loncatan buat saya bagi melonjakkan daripada seorang Chris Brown kepada superstar.”

Kemenangan pertama Kanye

Sementara itu, kemenangan paling manis pada AME kali ini turut dialami penyanyi rap popular Kanye West.


BRAD PAISLEY (kiri) dan Enrique Iglesias membuktikan diri mereka terbaik dalam genre muzik masing-masing.

Ini kerana sepanjang kariernya, inilah baru pertama kali dia meraih kemenangan dan lebih mengujakan apabila dia menang dua kategori - Artis Rap/Hip-Hop Lelaki Pilihan dan Album Rap/Hip-Hop Lelaki Pilihan.

Mengulas kemenangan hasil albumnya yang berjudul, Graduation itu, ucap West, “Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menerima saya dalam penghasilan muzik baru.

“Ini adalah tanggungjawab kita semua sebagai pemuzik untuk mendesak satu sama lain bagi melahirkan tahap kreativiti tertinggi masing-masing dalam muzik.

“Kami semualah yang akan menjadi Beatles dan (Jimi) Hendrix yang baru. Saya pula ingin menjadi seperti Elvis.”

Mengenai kemenangan menerusi kategori Artis Rap/Hip-Hop Lelaki Pilihan, bicaranya, “Tahun lepas saya kalah dalam kategori ini, tapi kemenangan kali ini rasanya saya ingin berkongsi trofi kemenangan bersama Lil Wayne (yang turut tercalon pada kategori yang sama tahun ini).”

West turut memanaskan majlis anugerah dengan persembahan lagu barunya yang berjudul 808s & Heartbreak.

Sementara itu, Alicia Keys yang mengulas mengenai kemenangannya berkata, “Saya sangat terkejut dan berbangga untuk berada di sini, dan anugerah ini bukan untuk saya saja tetapi untuk semua artis yang berada di sini.”

Selain itu, dua bintang kelahiran American Idols, Jordin Sparks dan Chris Daughtry bersama bandnya, Daughtry turut diumumkan sebagai pemenang masing-masing menerusi kategori Album Kontemporari Dewasa Pilihan dan Artis Pop/Rock Duo/Kumpulan Pilihan.

Sementara menerusi albumnya, Carnival Ride, seorang lagi bintang American Idols, Carrie Underwood merangkul trofi Album Country Pilihan.

Persembahan panas bintang mega

Apa gunanya majlis anugerah yang dibanjiri bintang mega, jika hanya sekadar untuk menerima atau menyampaikan anugerah.

Merealisasikan tradisi majlis, AME 2008 kali ini agak ‘panas’ dengan persembahan bintang-bintang popular masa kini.

Christina Aguilera membuat persembahan pada permulaan dengan aksi yang penuh bertenaga. Pink pula berjaya membawa seluruh tenaga di atas pentas apabila dia berjaya memberikan persembahan yang cukup memukau.

Bukan Pink saja yang berjaya menawan penonton malam itu, kerana diva Mariah Carey antara penyanyi yang memberi persembahan cukup mempersona di samping Beyonce, Kanye West dan Jonas Brothers.

Paling menarik, penyanyi comel Miley Cyrus bukan sahaja menyanyi dalam majlis anugerah ini tetapi dia turut menyambut hari lahirnya yang ke-16 di atas pentas sambil disaksikan ribuan penonton.

Hos sensasi, Jimmy Kimmel kembali sebagai pengacara anugerah ini untuk lima kali berturut-turut. Dia nampaknya berjaya mengacarakan anugerah yang berlangsung selama tiga jam ini dengan penuh kemeriahan.

Selain kategori utama, terdapat 21 lagi kategori lain yang diundi secara on-line oleh peminat muzik.

Kosmo