Archive for the ‘Anna Nicole Smith’ Category
Anna Nicole’s Son Died Of Accidental Drug Overdose
Bahamas - A four-month investigation into the death of late Playboy model Anna Nicole Smith’s son determined Monday that the 20-year-old died from an accidental drug overdose.
A coroner’s court ruled that Daniel Smith’s death was caused by the “nondependent use of drugs,” suggesting that he was not addicted to the substances found in his body and unaware at the time of this death that the mixture could be fatal.
The court, which said it was unlikely that criminal charges would be filed, said Monday’s findings probably represented the end of the marathon case in Bahamas’ court system.
Daniel Smith died in September 2006, just days after arriving here to be with his mother and new born sister Dannielynn.
The inquest into his death, which got underway in November, was ordered by Bahamian authorities when questions were raised about his death being a possible suicide or homicide.
An autopsy showed that Daniel Smith had ingested a lethal cocktail of various drugs, including methadone and antidepressants.
Anna Nicole Smith, 39, died in February 2007 in a Florida hotel room, just months after the death of her son. Her death also was later ruled an accidental drug overdose. - AFP/ar
Channel News Asia
Keunikan Sensor ‘Cinta’
Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN
Helen Fisher, penulis buku The First Sex turut menggunakan fMRI untuk meneliti hal-hal yang sifatnya sebagai reaksi kimiawi saraf atau neurochemistry terhadap daya tarik seksual dan cinta.

KAJIAN Zeki dan Bartels menjelaskan tentang keunikan sensasi yang selama ini manusia kaitkan dengan cinta. - Gambar hiasan
DALAM kalangan pakar seksologi dan saraf, mereka kini sedang mengembangkan suatu kaedah alat sensor yang dapat membezakan apakah hubungan seseorang dengan lawan jenisnya berdasarkan cinta atau sekadar nafsu seks biasa. Satu kajian yang dilakukan oleh Semir Zeki dan Andreas Bartels dari Wellcome Department of Cognitive Neurology of University College, London telah menggunakan alat functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI) atau alat sensor pencitraan berdasarkan gelombang magnetik saraf untuk mengesan adanya perubahan aliran darah atas sirkuit jaringan saraf yang berbeza dalam otak wanita dan lelaki apabila mereka ditunjukkan gambar atau foto kekasih mereka atau teman-teman mereka.
Daripada kajian itu, ditemukan adanya perbezaan-perbezaan dalam tindak balas yang diberikan sirkuit saraf otak wanita atau lelaki bila diperlihatkan gambar seseorang yang mereka cintai dan gambar seseorang yang sekadar mereka sukai.
Kalangan penyelidik berpendapat perbezaan-perbezaan neurologis yang ditemui dalam kajian Zeki dan Bartels tersebut akan dapat menjelaskan keunikan sensasi yang selama ini manusia kaitkan dengan cinta. Termasuk di dalamnya perasaan-perasaan euphoria, rasa mulas yang mendadak, demam cinta, dan ketagihan cinta. Setakat ini, dalam hal neurokemikal dan anatomi otak, sirkuit ‘medial insular’ akan memacu perasaan-perasaan seperti ‘berbunga-bunga’ sementara bahagian anterior singular cortex, caudate nukleus dan putamen menjadi ‘titik-titik panas’ apabila seseorang melihat yang dicintainya. Ketua Psikofarmasiologi dari Institute of Psychiatry London, Tonmoy Sharma turut mendalami lapangan penelitian yang sama dengan menggunakan fMRI tersebut.
Sementara itu, penyelidik di Lyon, Perancis turut menggunakan fMRI untuk mengukur tingkat degupan jantung, tekanan darah dan tingkat ‘testosteron’ untuk menemukan apa yang mereka sebut sebagai G-spot di dalam otak. Hal tersebut berkait dengan reaksi yang jelas berbeza pada otak lelaki tatkala dihadapkan dengan hal-hal yang secara bertahap berupa ‘godaan non-seksual’, ‘godaan seksual sedang’, ‘godaan seksual tinggi’, gambar-gambar wanita seksi dan dua filem yang secara ’seksual eksplisit’ menggambarkan hubungan seks. Selain itu, Helen Fisher, penulis buku The First Sex turut menggunakan fMRI untuk memahami kegiatan tersebut dan meneliti hal-hal yang sifatnya sebagai reaksi kimiawi saraf atau neurochemistry terhadap daya tarik seksual dan cinta.
Melalui penelitian tersebut, pakar neurologis telah mempelajari lebih banyak peranan alamiah ke atas amphetamine, dopamine, norepinephrine dan serotonine dalam kaitan dengan perasaan-perasaan seperti euphoria, kegirangan, tidak boleh tidur, kehilangan selera makan, obsesi terhadap yang dicintai, serta keadaan ‘hiperaktif’ yang dialami saat dalam keadaan mabuk cinta. Seiring dengan itu, para neurologis juga sedang menganalisis peranan alamiah keadaan otak di saat orgasme dan cinta. Dari hal yang sama juga diciptakan rasa aman, euphoria, dan rasa ’segar’. Dari situ pula diharapkan akan dapat diketahui lebih jauh tentang orgasme.
Perkara lain yang juga sedang dikaji oleh pakar saraf adalah peranan oxytocine iaitu hormon yang telah dikenal pasti sejak 100 tahun lalu. Oxytocine sejak dahulu lagi diketahui adalah antara lain diproduksi dalam susu ibu. Hormon tersebut juga diketahui dilepaskan dari otak kecil dan diserap jaringan saraf pada saat orgasme.
Dengan berbagai penelitian tersebut, suatu kaedah alat sensor yang dapat membezakan antara perasaan ‘cinta’ dan desakan ‘nafsu seks’ akan bermanfaat bagi perkembangan lebih jauh terhadap:
*Penemuan ubat perangsang pertama yang hanya akan mendorong tumbuh rasa cinta berbanding nafsu.
*Alat pengesan cinta yang sesungguhnya dapat dimanfaatkan dalam kes-kes pengadilan tertentu, seperti misalnya untuk memastikan apakah bekas ‘ratu’ majalah Playboy, Mendiang Anna Nicole Smith yang berkahwin dengan jutawan Texas benar-benar dengan alasan cinta atau sekadar untuk memiliki harta warisannya.
*Sebagai salah satu cara untuk menguji keberkesanan pemulihan terhadap mereka yang pernah menjadi korban kekerasan seksual.
*Sebagai salah satu cara bagi kalangan ‘agamawan’ untuk membezakan apakah pasangan lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin hanya berdasarkan nafsu seks atau memang benar-benar berdasarkan cinta dan telah bersedia untuk ‘menikah’.
*Untuk memastikan apakah sebenarnya apa yang dinamakan ‘jatuh cinta’ pada pandangan pertama.
*Digunakan untuk ‘memulihkan’ mereka yang merasa kehilangan ghairah libido masing-masing.
Kosmo