Archive for the ‘Edison Chen’ Category
So, What Are Singaporeans Googling For?
SINGAPORE: Singaporeans are preoccupied by the economic downturn, and this is showing up even in searches on Google Singapore.
The search engine’s annual Zeitgeist, which highlights the year’s top search trends, found an almost 120-per-cent jump this year in the number of searches for terms like “cheap”, “sale” and “spree”.
Terms such as “recession” increased by a whopping 270 per cent, and “financial crisis” spiked by 140 per cent when the global markets began to fall.
There were also other interesting results. Hong Kong scandal-embroiled celebrity Edison Chen took the top spot in the fastest rising search this year, while Newton Hawker Centre was dethroned by Maxwell Hawker Centre on the hawker centre search list.
Channel News Asia
Edison Ingin Lupa Pengalaman Hitam
HONG KONG, 1 NOV 2008: Aktor kacak dan sensasi Edison Chen yang sebelum ini mahu bersara seni hiburan Hong Kong gara-gara video dan gambar lucahnya, berhasrat mahu kembali aktif dalam bidang seni.
Perkara ini berbangkit selepas Edison menghantar sepucuk surat kepada sebuah majalah terkenal di Hong Kong.
Isi kandungan surat itu tertulis ‘masa akan menjawab semua persoalan anda’. Ia memperkukuhkan lagi tentang gosip yang menular dalam laman web yang mengatakan dia akan muncul semula.
Berikut antara isi kandungan surat itu:
“Saya tahu, semua orang ada banyak soalan yang mahu ditanyakan pada saya. Namun, saya tak tahu yang mana satu perlu dijawab lebih dulu. Jawapan saya hanyalah - masa akan menjawab segalanya.
“Masa jugalah yang membuatkan seorang budak lelaki inimembesar dan bertambah matang. Masa juga boleh menjernihkan keadaan yang telah pun sudah lama keruh. Masa amat penting untuk semua orang.
“Buat masa sekarang, saya sedang mengenali diri sendiri dan melakukan apa jua yang saya sukai. Akhirnya saya dapat merehatkan diri menjadi diri saya sendiri.”
Mengimbas kembali insiden yang berlaku pada dirinya pada 31 Januari lalu, foto lucah Edison bersama artis wanita telah tersebar luas menerusi Internet. Manakala, pada 21 Februari 2008, Edison secara rasminya membuat pengumuman untuk bersara sebagai pelakon
Mengikut laporan, Edison mahu berhijrah ke Los Angeles dan menetap di sana. Bagaimanapun, selepas muncul kurang dari 10 saat dalam filem terkenal Batman, The Dark Knight, Edison mula terfikir semula untuk kembali berlakon.
Hasrat Edison disokong pengarah Hong Kong, Lau Wai-Keung yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan beliau melalui filem Internal Affairs. Kata Lau, sekiranya ada peluang, dia juga mahu membantu Edison untuk kembali ke industri seni Hong Kong. Apapun, ini semua perlukan masa.
Difahamkan, Edison bersetuju untuk menghadiri sebuah konsert dan mengadakan sesi media tetapi hanya untuk membincangkan tentang konsert saja. Jadi peminat Edison tunggu saja perkembangan jejaka kacukan ini.
Murai