Archive for the ‘Janet Jackson’ Category
Janet Jackson Pulih Penyakit Misteri
Janet Jackson
LOS ANGELES: Penyanyi Janet Jackson dilaporkan pulih daripada penyakit misterinya dan meneruskan konsert jelajah beliau yang tergendala.
Penyakit misteri itu juga sudah diketahui apabila penyanyi pop berkenaan dilaporkan mengalami migrain.
Konsert jelajah Jackson, ‘Rock Witchu’ tertangguh seketika berikutan penyakit yang dihadapi beliau.
Pembatalan pertama membabitkan konsert di Montreal pada 29 September lalu apabila Janet dikejarkan ke hospital selepas melakukan pemeriksaan bunyi.
Beliau terpaksa membatalkan sembilan konsert lain di Amerika Syarikat termasuk di Philadelphia, Boston, Atlanta dan New York.
Pengurusan beliau pada awalnya enggan mendedahkan penyakit Jackson menyebabkan timbul spekulasi beliau terbabit dalam pesta tengah malam, penyalahgunaan dadah atau mungkin hamil.
Bagaimanapun Jackson kembali ke pentas malam Rabu lalu di Washington DC mengetepikan semua kebimbangan berkenaan.
“Pemeriksaan perubatan mengesahkan penyakit yang ditunjukkan Janet adalah migrain yang jarang dihidapi dipanggil vestibular migraine,” kata pengurusnya, Kenneth Crear. - Agensi
Berita Harian
Janet Jackson Sakit Misteri
LOS ANGELES: Penyanyi seksi, Janet Jackson menangguhkan beberapa persembahan jelajah Amerika Syarikat berikutan penyakit misteri yang dihidapinya dan selepas dinasihati doktor.
Jurucakapnya berkata, penyanyi berkenaan sepatutnya kembali untuk membuat persembahan jelajah ‘Rock Witchu’ selepas dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini tetapi terpaksa membatalkannya selepas diberi amaran oleh doktor.
“Antara persembahan yang terpaksa ditangguhkan termasuk yang dijadual diadakan di di Medison Square Garden, New York, pertengahan bulan ini,” katanya.
Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai bila Janet akan kembali untuk membuat persembahan, jurucakapnya berkata ia sudah dijadualkan semula pada 1 November.
Janet, 42, pada mulanya merancang mengadakan persembahan di Uncasville, Connecticut Sabtu lalu, tetapi diarah berehat oleh doktornya. - Agensi
Berita Harian