Archive for the ‘Mariah Carey’ Category
Mariah Carey Dituduh Buta Matematik
LOS ANGELES - Gara-gara menggunakan formula E=MC2 sebagai tajuk album, penyanyi irama soul popular, Mariah Carey dituduh sebagai buta matematik, lapor sebuah akhbar semalam.
Penggunaan formula yang dicipta oleh saintis tersohor, Albert Einstein oleh penyanyi berusia 38 tahun itu membangkitkan kemarahan tokoh-tokoh matematik di seluruh dunia.
Ia berikutan Mariah yang menafsirkan E=MC2 sebagai ‘pembebasan (wanita) bersamaan Mariah Carey darab dua’. - Agensi
Kosmo
Info TV: Astro Perkenalkan Dua Saluran Percuma Untuk Pelangga
PENONTON saluran berbayar Astro bakal berpeluang untuk menonton pelbagai program hebat menerusi dua saluran percuma Astro Fiesta di Saluran 808 dan Saluran 809, yang akan mula siarannya secara percuma dari 27 Disember lalu hingga 18 Januari depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan berkata, sebagai mengingati sokongan padu yang diberi oleh pelanggan dan penonton kepada Astro, pihaknya akan menyajikan kandungan tempatan dan antarabangsa yang terbaik melalui dua saluran percuma di bawah Astro Fiesta.
“Inisiatif kami untuk membawakan dua saluran percuma kepada penonton ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sokongan mereka kepada Astro selama ini.
“Astro Fiesta di Saluran 808 membariskan pelbagai program yang hebat, antaranya termasuklah persembahan konsert antarabangsa yang menampilkan penyanyi unggul terkemuka Mariah Carey, kumpulan lagenda Eagles dan Bon Jovi, barisan drama dan filem seperti drama Melayu popular Layang-Layang, komedi Cina, The Pretty Women yang dibintangi oleh Cecilia Yip dan Ray Lui serta filem klasik Hindi Bobby yang dibintangi Rishi Kapoor.
“Pemilihan program hebat ini adalah tepat dan amat sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga pada musim perayaan ini,” katanya.
Menurut Rohana, peminat program cereka sains dan paranormal pula pastinya akan teruja dengan kehadiran saluran Astro Fiesta yang kedua melalui Saluran 809.
“Saluran 809 pula akan membawakan barisan program daripada AXN Beyond, yang akan ke udara di kaca televisyen Malaysia untuk kali yang pertama menerusi Astro. “Saluran yang sememangnya akan menjanjikan kepuasan ini akan membawa anda meneroka ke dunia mistik yang pasti akan menguji minda dan imaginasi anda menerusi barisan program eksklusif dan hit yang terkenal dan juga saluran AXN dan Animax termasuklah genre program cereka sains, fantasi, seram, suspen dan paranormal.
Astro Fiesta Saluran 809 pasti akan membuat penonton Astro sentiasa melekat di kaca televisyen mereka dengan siri yang pernah memenangi beberapa anugerah termasuklah Lost Season 4 dan Supernatural Musim 3. Program popular yang lain di AXN Beyond termasuklah siri yang berasaskan komik popular Painkiller Jane dan The Middleman, dan siri Stephen King, Nightmares and Dreamscapes yang memaparkan hasil penulisan Stephen King yang terkemuka dan menggerunkan hingga ke hari ini,” katanya.
Berita Harian